Khamis, 2 Julai 2009

ALBUM PSS

JOM TENGOK... MACAM-MACAM ADA..




Baikpulih buku yang rosak

Pertandingan Bercerita anjuran PSS







PENCAPAIAN PSS

PENGREDAN

Pencapaian terbaik
Tahun 2006 (A)
Tahun 2007 (A)
Tahun 2008 (A)
Tahun 2009 (A)
Tahun 2010 (A)
Tahun 2011 (A)

PROGRAM / AKTIVITI PSS

PERTANDINGAN MEWARNA

BACALAH SAYANG

BULAN BAHASA

BERCERITA

KEMUDAHAN PSS

BILIK BACAAN

BILIK AUDIO

PINJAMAN BUKU

BAHAN BANTU MENGAJAR

MAKMAL ICT

PROGRAM NILAM

PENGENALAN

NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.

MATLAMAT

Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar.

OBJEKTIF

- Menjadikan murid banyak membaca.
- Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

TIGA ELEMEN NILAM

1. Rekod Membaca Setiap pelajar direkodkan dalam Buku Rekod Membaca NILAM.
2. Pengesahan PembacaanGuru Kelas mengesahkan rekod bacaan pelajar.
3. PengiktirafanPengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.

PENCAPAIAN TAHAP NILAM

1. Tahap Jauhari
2. Tahap Rakan Pembaca

PENGIKTIRAFAN

1. Tahunan
- Buku Rekod Kemajuan
- Kad Kumulatif

2. Keseluruhan (Selepas 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah)
-Sijil Berhenti Sekolah
-Surat Akuan Sekolah
-Murid yang berjaya menamatkan program NILAM berkeistimewaan untuk pemilihan keSekolah Kawalan, Sekolah Berasrama Penuh, Kelas Ekspres, Penajaan Biasiswa dan Institut Pengajian Tinggi.

CADANGAN AKTIVITI NILAM

1. Program Iqra'
2. Bacaan Pagi
3. Buku Minggu Ini
4. Pertandingan Bercerita
5. Pameran Buku
6. Pertandingan Mencari Maklumat

Masa yang disarankan untuk Program NILAM

1. Dimasukkan dalam jadual waktu, satu waktu dalam pengajaran bahasa.
2. Masa Khas - contoh 10 minit sebelum waktu sekolah bermula dan waktu rehat.
3. Galakan ke perpustakaan pada waktu rehat..
4. Menggunakan waktu senggang untuk membaca.

SUMBER BAHAN BACAAN

1. Perpustakaan Sekolah
2. Perpustakaan Awam
3. Perpustakaan Keluarga
4. Sudut Bacaan di Masjid
5. Perpustakaan FELDA
6. Perpustakaan KEMAS

Rabu, 1 Julai 2009

GALERI PSS



PENGURUSAN RAK MAJALAH



GALERI SEJARAH BILIK AUDIO



KAUNTER SUDUT BERCERITA

CARTA ORGANISASI




CARTA ORGANISASI SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 12 (F)

TN HJ MOHD SOFE B. IBRAHIM
(GURU BESAR)
 


TN SYED ZULKAFLI B. SYED ABDUL KARIM
(GPK HEM)

PN. FARIDAH BT MOHD YUNOS 
(GPK KURIKULUM)

EN. NOR AZMAN B. ISHAK
(GPK KOKURIKULUM)
                 



GURU-GURU
En. Ab Majid B. Ibrahim
Cik Ratna Sri Dewi Bt Abd Kudus
Pn Noriza Bt Mamat
Pn Rozita Bt Nawi
En Mohd Zamri B. Yusof
En Mohd Fazlili Saari
Pn Rosnah Bt Samsudin
En Ahmad Khursairi B Ismail
Pn Norhasliza Bt Hashim
Cik Feizah Bt Mohd Zain
En. Mohd Jailani B Mohamad Nor
Pn. Umi Kalsom Bt Ibrahim
En. Mohd Shafarin B. Muzafar
En. Mohd Zahari B. Ahmad
Cik Siti Suraya Bt Abd Rahman
Pn. Masita Bt Hassan


 



                                                                                                                        









OBJEKTIF PSS

Objektif

Ø Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik.

Ø Menggalakkan semua pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran agar mereka tidak bergantung semata-mata pada buku teks dan kaedah ‘chalk and talk’sahaja.

Ø Menyemai dan menggalakkan tabiat belajar sendiri, membaca, ingin tahu dan bertanya di kalangan pelajar melalui penggunaan bahan PSS.

Ø Membantu guru dan pelajar dalam usaha menghasilkan dan menilai berbagai peralatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

SEJARAH PUSAT SUMBER


Sejarah Penubuhan PSS


Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Palong 12 (F) bermula sebagai khutub khanah pada tahun 1989 yang mana koleksi buku-buku cuma diletakkan di bilik guru di rak yang khas. Pada 1990, pusat sumber dipindahkan ke sebuah bilik kelas iaitu sebuah kelas kosong. Pada tahun tersebut terdapat beberapa kelas dikosongkan kerana bilangan kelas dan pelajar berkurangan, jadi kelas tersebut dijadikan Pusat Sumber Sekolah yang baru. Selama tujuh tahun Pusat Sumber berada di bangunan kelas tersebut. Apabila pembinaan bangunan baru sekolah dijalankan pada tahun 1997 barulah Khutub khanah ini dijadikan perpustakaan dan diletakkan semua peralatan dan buku di dalam sebuah bilik khas. Bermula pada tahun 1997, Pusat Sumber Sekolah dipindahkan ke bangunan baru di tingkat tiga. Pusat Sumber tersebut menempatkan bilik tayangan, perpustakaan dan bilik bahan bantu mengajar.

MISI PSS

MISI

Memastikan keberkesanan Pusat Sumber Sekolah membantu meningkatkan proses pengajaran pembelajaran untuk membina insan yang seimbang dan harmoni dari segi jasmani, intelek,emosi dan kecemerlangan pendidikan

VISI PSS

VISI

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Palong 12(F) Cemerlang Di Luak Palong Menjelang Tahun 2010

MATLAMAT PSS

Matlamat

Memberikan kemudahan dan perkhidmatan yang menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mewujudkan sistem sokongan dalaman ke arah membudayakan ‘teknopen’ bagi meningkatkan mutu pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kata-Kata Aluan

Assalamualaikum......selamat datang ke blog SK Palong 12(F)..... semoga apa yang anda cari ada di sini....mudah-mudahan