Rabu, 1 Julai 2009

SEJARAH PUSAT SUMBER


Sejarah Penubuhan PSS


Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Palong 12 (F) bermula sebagai khutub khanah pada tahun 1989 yang mana koleksi buku-buku cuma diletakkan di bilik guru di rak yang khas. Pada 1990, pusat sumber dipindahkan ke sebuah bilik kelas iaitu sebuah kelas kosong. Pada tahun tersebut terdapat beberapa kelas dikosongkan kerana bilangan kelas dan pelajar berkurangan, jadi kelas tersebut dijadikan Pusat Sumber Sekolah yang baru. Selama tujuh tahun Pusat Sumber berada di bangunan kelas tersebut. Apabila pembinaan bangunan baru sekolah dijalankan pada tahun 1997 barulah Khutub khanah ini dijadikan perpustakaan dan diletakkan semua peralatan dan buku di dalam sebuah bilik khas. Bermula pada tahun 1997, Pusat Sumber Sekolah dipindahkan ke bangunan baru di tingkat tiga. Pusat Sumber tersebut menempatkan bilik tayangan, perpustakaan dan bilik bahan bantu mengajar.

Kata-Kata Aluan

Assalamualaikum......selamat datang ke blog SK Palong 12(F)..... semoga apa yang anda cari ada di sini....mudah-mudahan