Jumaat, 29 Jun 2012

Khamis, 28 Jun 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-26

Pada 23 Februari 2012 telah berlangsung mesyuarat PIBG di SK Palong 12. Tujuan mesyuarat ini adalah bagi perlantikan baru AJK PIBG untuk penggal seterusnya..


Gambar 1 : Barisan VIP yang terdiri daripada YDP PIBG, YB. Dato' Hj Lilah bin Yasin, Tn Hj Mohd Sofe b. Hj Ibrahim dan Nur Hisham.




Gambar 2 : Pengacara majlis, En Mohd Zamri b. Yusof serta rakan seperjuangan yang ceria mengendalikan majlis. 


Gambar 3 : Sebahagian ibu bapa yang hadir..

Perjumpaan 3 Penjuru. ( guru-ibu bapa-murid)

Hari ini 28 Jun 2012 telah diadakan perjumpaan 3 Penjuru antara guru, ibu bapa, dan murid-murid tahun 3,4,5,dan 6. Program telah diadakan bermula jam 11.30 bertempat di bilik darjah.
Assalammualaikum...Sepenggal sudah kita di tahun 2012...Setiap detik masa yang berlalu mudah-mudahan memberi perubahan yang baik pada diri kita begitu juga di laman blog SK Palong 12 ini...Selamat datang dan terima kasih diucapkan kerana melayari laman ini..Semoga laman ini dapat memberi info dan maklumat..(",)..

umiest(",)

Tinta Seorang Guru~

Dalam marah seorang guru, terselit rasa kasih dan sayang,
Kerna aku seorang guru, kau sentiasa disanubariku wahai muridku,
Tiap detik dan waktu, dikau pembakar semangat,
Yang mengalir hangat di segenap inci pembuluh darahku.


msdewiqaseh/2012

SAMBUTAN HARI GURU SKP12-2012

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2012 yang lalu. Tema hari guru pada tahun ini ialah " Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Aktiviti bermula seawal jam 8pagi dengan perarakan masuk guru-guru. Seterusnya, nyanyian lagu negaraku, Guru Malaysia, dan Lagu Tema Hari Guru 2012. Majlis diikuti dengan persembahan oleh murid-murid, jamuan makan, acara memotong kek, penyampaian hadiah oleh murid kpd guru, permainan antara guru-guru dan diakhiri dengan penyampaian anugerah guru dan sesi fotografi.















Gambar 1: Acara memotong kek sumbangan Timb. Ketua UMNO bhgn. Jempol.















Gambar 2: Sebahagian barisan guru Skp12


















Gambar 3: hihihi - jgn mare~

Selasa, 1 Mac 2011

Program Perkampungan Ilmu - Tahun 6

Program Perkampungan Ilmu bagi murid-murid tahun 6 telah dilaksanakan pada 15-17 Jun 2012. Program ini telah dihadiri oleh 36 orang murid dan dibantu oleh guru-guru sebagai fasilitator sepanjang program. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk melengkapkan diri murid-murid bagi menghadapi UPSR. Oleh itu, bengkel-bengkel teknik menjawab soalan telah dijalankan bagi setiap subjek peperiksaan. Guru-guru yang berpengalaman sebagai penanda kertas peperiksaan telah dijemput bagi menyampaikan ceramah dan memberi pendedahan tentang teknik menjawab soalan dengan tepat.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada para ibu bapa dan guru-guru yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan program ini. Semoga kejayaan mengiringi murid-murid SKP12.
 
Gambar 1:  Aktiviti kerohanian utk murid-murid thn 6 yang dikendalikan oleh Ustaz Jailani B. Mohd Nor.

Kata-Kata Aluan

Assalamualaikum......selamat datang ke blog SK Palong 12(F)..... semoga apa yang anda cari ada di sini....mudah-mudahan