Program Perkampungan Ilmu bagi murid-murid tahun 6 telah dilaksanakan pada 15-17 Jun 2012. Program ini telah dihadiri oleh 36 orang murid dan dibantu oleh guru-guru sebagai fasilitator sepanjang program. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk melengkapkan diri murid-murid bagi menghadapi UPSR. Oleh itu, bengkel-bengkel teknik menjawab soalan telah dijalankan bagi setiap subjek peperiksaan. Guru-guru yang berpengalaman sebagai penanda kertas peperiksaan telah dijemput bagi menyampaikan ceramah dan memberi pendedahan tentang teknik menjawab soalan dengan tepat.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada para ibu bapa dan guru-guru yang telah memberikan kerjasama bagi menjayakan program ini. Semoga kejayaan mengiringi murid-murid SKP12.
Gambar 1: Aktiviti kerohanian utk murid-murid thn 6 yang dikendalikan oleh Ustaz Jailani B. Mohd Nor.