Khamis, 2 Julai 2009

PROGRAM NILAM

PENGENALAN

NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.

MATLAMAT

Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar.

OBJEKTIF

- Menjadikan murid banyak membaca.
- Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

TIGA ELEMEN NILAM

1. Rekod Membaca Setiap pelajar direkodkan dalam Buku Rekod Membaca NILAM.
2. Pengesahan PembacaanGuru Kelas mengesahkan rekod bacaan pelajar.
3. PengiktirafanPengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.

PENCAPAIAN TAHAP NILAM

1. Tahap Jauhari
2. Tahap Rakan Pembaca

PENGIKTIRAFAN

1. Tahunan
- Buku Rekod Kemajuan
- Kad Kumulatif

2. Keseluruhan (Selepas 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah)
-Sijil Berhenti Sekolah
-Surat Akuan Sekolah
-Murid yang berjaya menamatkan program NILAM berkeistimewaan untuk pemilihan keSekolah Kawalan, Sekolah Berasrama Penuh, Kelas Ekspres, Penajaan Biasiswa dan Institut Pengajian Tinggi.

CADANGAN AKTIVITI NILAM

1. Program Iqra'
2. Bacaan Pagi
3. Buku Minggu Ini
4. Pertandingan Bercerita
5. Pameran Buku
6. Pertandingan Mencari Maklumat

Masa yang disarankan untuk Program NILAM

1. Dimasukkan dalam jadual waktu, satu waktu dalam pengajaran bahasa.
2. Masa Khas - contoh 10 minit sebelum waktu sekolah bermula dan waktu rehat.
3. Galakan ke perpustakaan pada waktu rehat..
4. Menggunakan waktu senggang untuk membaca.

SUMBER BAHAN BACAAN

1. Perpustakaan Sekolah
2. Perpustakaan Awam
3. Perpustakaan Keluarga
4. Sudut Bacaan di Masjid
5. Perpustakaan FELDA
6. Perpustakaan KEMAS

Kata-Kata Aluan

Assalamualaikum......selamat datang ke blog SK Palong 12(F)..... semoga apa yang anda cari ada di sini....mudah-mudahan